Tuesday, February 14, 2012

Colleague

Salam... saya nak cerita tentang rakan sekerja. Sebenarnya ini adalah tempat ke-3 saya bekerja semenjak
abis belajar pada tahun 2009. huhu. Banyak lompat keja kan? Saya baru jer join syarikat Insurance ni.
tapi saya nak cerita tentang rakan sekerja di sini. tak pasti tapi saya rasa semua orang di sini memang
sangat menjaga kepentingan diri masing-masing. (Jaga periuk nasik masing-masing ler). Kadang-kadang diorang sangat tak boleh dipercayai. memang tak boleh nak berkongsi rahsia apa-apa dengan diorang, di mana diorang akan cerita kat orang lain pulak. hrmm.. kadang2 bila fikir balik ada jugak manusia yang macam ni ek? susah lah bila kita tak boleh nak percaya kat rakan sekerja. Orang yang kita akan jumpa 5 hari seminggu. Sampai satu tahap diorang semua nak boikot seorang akak ni, sebab diorang tak suka akak ni. Salah seorang dari diorang siap hantar email warning bagitau kalau tak masuk geng diorang, saya akan jadi musuh diorang.

                               “If you’re not with us, you’re against us”

Ya-Allah, kenapalah macam budak2 sangat. nak bergaduh-gaduh. dah la diorang panggil akak tu lembu.Sebab badan akak tu besar macam lembu Hrmm terkejut bila jumpa rakan sekerja yang macam ni. (takkan jumpa di mana2 kot). Tau la perangai akak tu kadang-kadang agak menyakitkan hati. tapi prinsip saya mudah... selagi akak tu OK dengan saya, saya pun akan OK dengan dia. Tapi kalau tak OK pun dengan dia, InsyaAllah takkan sampai tahap nak panggil dia lembu atau nak samakan dia dengan haiwan sebab kita tak layak nak hina orang lain. Sebab Allah dah ciptakan dia macam tu. Kalau kita hina manusia
sama macam kita hina Allah. Akak tu guna blackberry dari China pun masalah bagi diorang, sebab diorang kata akak tu belagak taknak mengaku pakai blackberry China. hrmm bagi saya lantak la dia nak pakai hp apa pun, hp dari china ke hp ori ke. dia beli guna duit dia sendiri. ada dia mintak duit dari korang ker?hrmm tu la masalahnya kalau terlalu amik tahu tentang hal orang lain (Jaga tepi kain orang). Bukan niat nak sebelah kan akak tu cuma saya hanya fikir positif jer. Tak nak cari musuh dengan sesiapa.

Tapi sekarang tindakan saya adalah...saya lebih suka buat keja dan hal sendiri dan malas nak amik tahu tentang hal orang lain. kalau nak tanya saya akan tanya orang yang betul-betul nak mengajar sebab dia ikhlas, bukan orang yang nak mengajar sebab nak nama. Memang susah sebenarnya nak cari orang yang ikhlas nak berkawan. kat depan kita bukan main lagi dok "merenyih" (longat utara:tersenyum-senyum), tapi kat belakang dok mengutuk rapat. Bila saya dah ada satu pengalaman ni, saya dah tak berani nak rapat atau nak baik sangat dengan sesiapa. berkawan berpada-pada sahaja. takut tersalah langkah. Apa-apa pun kerja tetap kerja. Saya tak nak jadikan perkara seperti ni sebagai satu halangan untuk saya cari rezeki kat sini. lagi pun my big day dah semakin dekat (tinggal lebih kurang 6 bulan jer lagi). So selagi boleh keja, kita keja la....

nanti tulis lagi...

Monday, February 13, 2012

2012...My E-day

Salam...2012 bermula dengan baik? harap-harap begitulah...semoga semuanya dalam keredhaan Allah.

22 Jan 2012 - hari pertunangan dengan Mr. A. Setelah 9 tahun menjalinkan hubungan cinta akhirnya kami selamat di satukan dengan ikatan pertunangan. Kenapa amik masa terlalu lama untuk bertunang?. Ermm panjang ceritanya. Dipendekkan: ada masalah keluarga di sebelah keluarga saya. Tapi Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran, akhirnya hubungan kami di restui jua. Majlis pertunangan agak meriah dihadiri ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan yang banyak menyokong dari belakang. Thank you so much my friends. atas nasihat yang tak putus-putus untuk saya. Hari besarnya (Big Day), maybe lepas raya. harap apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Nanti bila ada masa saya akan post kan gambar majlis pertunangan. Sekarang tak boleh sebab guna PC ofis. susah sikit...hehe

Nanti tulis lagi....

Wednesday, January 4, 2012

Salam utk semua

salam...saya baru jer create blog ni. bosan takder keja....Ingatkan susah, rupa-rupanya senang jer... nanti bila-bila free saya akan update crite ttg diri saya...